Thursday, 5 May 2011

Le Tour Bandar Hilir, Day 2.

 2nd of May, 2011. It's our last day in Bandar Hilir, Melaka. Disebabkan Papa cuti tak lama and esok dah nak start kerja; then kena bertolak balik ke KL, so kena lah jalan-jalan keliling Bandar Hilir puas-puas.

 Bangun pukul 9am, kejutkan Sharf Mikhail dan Papanya yang tersangatlah liat nak bangun tidur. Kami bersiap, get ready for our breakfast di Ground Floor hotel. 

 *Papa memang dah pesan sebelum tidur semalam; "Yang, jangan lupa kejut bangun pagi tau. Nak breakfast kat hotel. Nanti makanan habis pukul 10.30am."
 Wah Papa ni, takut makanan habis pula lah! Haha.*

 We had our LOUSIEST breakfast ever at the hotel. Makanan memang TAK sedap. They served Kuey Tiaw, Bubur Nasi, Omelette, Nasi Goreng and Roti Bakar. And dalam banyak-banyak tu, yang paling sedap ROTI BAKAR which is rasa macam biasa saja, macam makan di rumah sendiri.

 So I had crappy Kuey Tiaw, a glass of Orange Juice and a cup of hot Coffee. Papa makan juga lah untuk isi perut sebab nak tenaga untuk TOUR katanya. Sharf Mikhail tak nak makan, suap nasi, ludah di tepi. Hmmm... mogok tak sedap lah tu!

 Habis saja makan, naik semula ke hotel room. Papa kata, "Kita check out pukul 1.30pm, so adalah masa untuk sambung tidur." Untuk mengelakkan sesi bertekak, saya buat muka macam ni sajalah --->  -.-

  Ingatkan boleh berjalan-jalan after breakfast, rupanya naik semula ke bilik sambung tidur sampai check out. Hmmm... pandai Papa manage his leisure time kan. Dalam bengang-bengang tu pun, saya and Baby pun join Papa tidur.

  After check out at 1.30pm sharp, kami teruskan perjalanan ke kota bersejarah, Bandar Hilir. Bermulalah ekspedisi sight seeing and tour satu bandar. Mula-mula sekali kami ke Christ Churh Melaka. Kami tak masuk pun churh tu, tengok dari luar saja. Agak jakun la sebab first time tengok the building dari dekat and betul-betul clear depan biji mata. Kalau tak sekadar tengok dalam buku sejarah sekolah saja. Haha.



 Then, sekitar kawasan bangunan Christ Churh ni, adalah tempat pelancong menyewa BECA untuk membawa mereka pusing-pusing seluruh Bandar Hilir. Banyak sangat beca yang boleh disewa. Cantik-cantik dan macam-macam design decoration ada. Kalau nak naik beca yang pasang MUSIC pun ada. Tapi disarankan pada semua, kalau nak naik & sewa beca, cakaplah pada Abang-abang beca, kalau boleh jangan lah pasang music. Sebab kalau pasang music, sight seeing kita akan jadi bosan. Sepatutnya kalau kita naik beca, adalah baiknya kalau kita berborak dengan pengayuh beca itu sendiri. Mereka boleh bercerita kisah-kisah menarik di Melaka malah dengan cara ini dengan tidak disengajakan ikatan silaturahim sesama insan juga terjalin :)

 Kami dapat Pakcik beca yang paling best dan cool. Pakcik beca yang membawa kami keliling Bandar Hilir selama 45 minit ini, sudah 20 tahun berkhidmat dalam kerja membawa beca. Kesian tengok dia. Bayaran diterima ciput, tapi kudrat dia mengayuh, Tuhan saja yang tahu. Memang bekerja keras untuk menyara keluarga. "Pakcik ni dah 20 tahun kayuh beca. Dari tak ada anak sampai anak 7, inilah punca rezeki pakcik." Dengan tidak sengaja, satu mesej yang padat dan berguna dapat kami bawa untuk dijadikan semangat dalam hidup. Maknanya, kehidupannya hanya ala kadar sahaja, dia bekerja keras untuk mencari rezeki, malah sentiasa bersyukur dengan apa sahaja yang dia perolehi. Pakcik beca sambung celotehnya, enjoy sangat sight seeing dengan pakcik ni.

Beca yang Papa pick untuk kami. Cun kan.

                                       
"Wooooooooooooo.... o_O"
 Our fisrt stop, Pakcik berhentikan becanya depan Muzium Samudera. Pakcik tu cerita, kisahnya, kapal Samudera yang besar ni memang pernah digunakan pada kurun ke 15 di perairan Melaka. Sekarang kapal Samudera ni dijadikan muzium. Dalam kapal tersebut dilengkapi pelbagai bahan-bahan sejarah lampau serta monumen-monumen lama. 

The Huge Muzium Samudera.

Look at that! Itu lah rupa kapal pada kurun ke 15 yang PERNAH DIGUNAKAN di perairan Melaka. Unik kan.


Sambung perjalanan......
 

 Pakcik continue mengayuh beca, and bawa kami ke Dataran Pahlawan. Dia berhentikan kami pula di tapak Railway Station (Stesen Keratapi) lama. Ok, to me nothing interesting with this Old Railway Station sebab di kampung saya di Taiping pun hari-hari lalu lintas di sebelah tapak Railway Station yang lama juga. So benda ni macam biasa. Nak sedapkan mix Tour kami, snap lah few pictures di sana.

         *Asyik gambar bapak dengan anak je! Mak dia tukang tangkap gambar! Bila bapaknya tangkap gambar maknya, semua senget benget! -.-*

                             Old Railway Station, Bandar Hilir, Melacca.
                            Belakang Mikhail is Kapal Terbang Tentera Lama.



And now... let see where we're heading to... 


browse to the NEXT POST.

*page ni macam dah semak, panjang sangat.


  


                              

No comments:

Post a Comment