Thursday, 5 May 2011

Le Tour Bandar Hilir, Day 2.

 2nd of May, 2011. It's our last day in Bandar Hilir, Melaka. Disebabkan Papa cuti tak lama and esok dah nak start kerja; then kena bertolak balik ke KL, so kena lah jalan-jalan keliling Bandar Hilir puas-puas.

 Bangun pukul 9am, kejutkan Sharf Mikhail dan Papanya yang tersangatlah liat nak bangun tidur. Kami bersiap, get ready for our breakfast di Ground Floor hotel. 

 *Papa memang dah pesan sebelum tidur semalam; "Yang, jangan lupa kejut bangun pagi tau. Nak breakfast kat hotel. Nanti makanan habis pukul 10.30am."
 Wah Papa ni, takut makanan habis pula lah! Haha.*

 We had our LOUSIEST breakfast ever at the hotel. Makanan memang TAK sedap. They served Kuey Tiaw, Bubur Nasi, Omelette, Nasi Goreng and Roti Bakar. And dalam banyak-banyak tu, yang paling sedap ROTI BAKAR which is rasa macam biasa saja, macam makan di rumah sendiri.

 So I had crappy Kuey Tiaw, a glass of Orange Juice and a cup of hot Coffee. Papa makan juga lah untuk isi perut sebab nak tenaga untuk TOUR katanya. Sharf Mikhail tak nak makan, suap nasi, ludah di tepi. Hmmm... mogok tak sedap lah tu!

 Habis saja makan, naik semula ke hotel room. Papa kata, "Kita check out pukul 1.30pm, so adalah masa untuk sambung tidur." Untuk mengelakkan sesi bertekak, saya buat muka macam ni sajalah --->  -.-

  Ingatkan boleh berjalan-jalan after breakfast, rupanya naik semula ke bilik sambung tidur sampai check out. Hmmm... pandai Papa manage his leisure time kan. Dalam bengang-bengang tu pun, saya and Baby pun join Papa tidur.

  After check out at 1.30pm sharp, kami teruskan perjalanan ke kota bersejarah, Bandar Hilir. Bermulalah ekspedisi sight seeing and tour satu bandar. Mula-mula sekali kami ke Christ Churh Melaka. Kami tak masuk pun churh tu, tengok dari luar saja. Agak jakun la sebab first time tengok the building dari dekat and betul-betul clear depan biji mata. Kalau tak sekadar tengok dalam buku sejarah sekolah saja. Haha.



 Then, sekitar kawasan bangunan Christ Churh ni, adalah tempat pelancong menyewa BECA untuk membawa mereka pusing-pusing seluruh Bandar Hilir. Banyak sangat beca yang boleh disewa. Cantik-cantik dan macam-macam design decoration ada. Kalau nak naik beca yang pasang MUSIC pun ada. Tapi disarankan pada semua, kalau nak naik & sewa beca, cakaplah pada Abang-abang beca, kalau boleh jangan lah pasang music. Sebab kalau pasang music, sight seeing kita akan jadi bosan. Sepatutnya kalau kita naik beca, adalah baiknya kalau kita berborak dengan pengayuh beca itu sendiri. Mereka boleh bercerita kisah-kisah menarik di Melaka malah dengan cara ini dengan tidak disengajakan ikatan silaturahim sesama insan juga terjalin :)

 Kami dapat Pakcik beca yang paling best dan cool. Pakcik beca yang membawa kami keliling Bandar Hilir selama 45 minit ini, sudah 20 tahun berkhidmat dalam kerja membawa beca. Kesian tengok dia. Bayaran diterima ciput, tapi kudrat dia mengayuh, Tuhan saja yang tahu. Memang bekerja keras untuk menyara keluarga. "Pakcik ni dah 20 tahun kayuh beca. Dari tak ada anak sampai anak 7, inilah punca rezeki pakcik." Dengan tidak sengaja, satu mesej yang padat dan berguna dapat kami bawa untuk dijadikan semangat dalam hidup. Maknanya, kehidupannya hanya ala kadar sahaja, dia bekerja keras untuk mencari rezeki, malah sentiasa bersyukur dengan apa sahaja yang dia perolehi. Pakcik beca sambung celotehnya, enjoy sangat sight seeing dengan pakcik ni.

Beca yang Papa pick untuk kami. Cun kan.

                                       
"Wooooooooooooo.... o_O"
 Our fisrt stop, Pakcik berhentikan becanya depan Muzium Samudera. Pakcik tu cerita, kisahnya, kapal Samudera yang besar ni memang pernah digunakan pada kurun ke 15 di perairan Melaka. Sekarang kapal Samudera ni dijadikan muzium. Dalam kapal tersebut dilengkapi pelbagai bahan-bahan sejarah lampau serta monumen-monumen lama. 

The Huge Muzium Samudera.

Look at that! Itu lah rupa kapal pada kurun ke 15 yang PERNAH DIGUNAKAN di perairan Melaka. Unik kan.


Sambung perjalanan......
 

 Pakcik continue mengayuh beca, and bawa kami ke Dataran Pahlawan. Dia berhentikan kami pula di tapak Railway Station (Stesen Keratapi) lama. Ok, to me nothing interesting with this Old Railway Station sebab di kampung saya di Taiping pun hari-hari lalu lintas di sebelah tapak Railway Station yang lama juga. So benda ni macam biasa. Nak sedapkan mix Tour kami, snap lah few pictures di sana.

         *Asyik gambar bapak dengan anak je! Mak dia tukang tangkap gambar! Bila bapaknya tangkap gambar maknya, semua senget benget! -.-*

                             Old Railway Station, Bandar Hilir, Melacca.
                            Belakang Mikhail is Kapal Terbang Tentera Lama.



And now... let see where we're heading to... 


browse to the NEXT POST.

*page ni macam dah semak, panjang sangat.


  


                              

Wednesday, 4 May 2011

Bandar Hilir, Melacca At Night.

 Alright, let's start with our Day 1 @ Bandar Hilir, Melacca.

 We checked-in to our room, had some quick rest and awesome hot bath shower, I also managed to explored the room, checking whats in the mini fridge, while papa turned on the television and tuned to Cartoon Network,  Sharf Mikhail jumping on the bed, looks like he really liked the bed alot.Teramatlah beruntung dapat bilik best dengan harga yang murah :)

 Kami keluar dari hotel at 10pm. Agak lewat sebenarnya untuk aktiviti jalan-jalan, sebab semua akan tutup dalam pukul 11pm. So kami hanya sempat naik boat rides yang bawa kami pusing sekeliling Bandar Hilir. Disarankan pada semua, kalau nak naik boat rides, naiklah pada waktu malam and you can see all colorful lights at night and tak panas.

 So, i bought the tickets, since Papa dah penat drive kereta, and bayar duit hotel kan.
*Baik tak baik tak. Baik kan. Haha.*

 The Boat Rides tix is only RM 10 for Adult and Free for kids below 2 years old. So the total that i paid is RM 20. *Best bawa Sharf Mihail time-time sekarang ni. Semua FREE.*

 We really enjoyed and had so much fun. Naik boat keliling Bandar Hilir, tengok-tengok lampu, tengok ragam manusia. Ada yang berdating, ada yang masam mencuka, ada yang keseorangan melayan perasaan atas jetty, pelbagai jenis manusia ciptaan Tuhan Maha Esa.

 Sharf Mikhail enjoy juga walaupun muka agak masam. Mungkin penat sangat duduk kereta berjam-jam lamanya. Alhamdullilah, Sharf Mikhail tak banyak ragam malam tu. Tak menangis pun. Pandai anak mama. Sayang dia sangat-sangat :)

                               Tak sabar tunggu boat, bila nak sampai ni?

                                                     Papa & Sharf Mikhail :)

                                          Boat Rides.



                                          Colorful lights at night.

                                          Eyes On Melacca Ferris Wheels.

                                          "Woohoo, what's that!?"


                                          We had fun!

                                          Penat la tu.


 After boat rides, we went to JONKER Walk. It's like a night market or pasar malam which sells cheap stuffs like T-shirts, rubber flip flops, art crafts, fake LV handbags, accessories, kuih-muih, and etc.

 I bought 'Visit Melacca' T-shirt for myself and Papa, (only RM 30 for 2 T-shirt.), bought cool flip flop for me and Papa (RM 10 each), and also bought cheap belts for only RM 8.

                                          JONKER Street.

 After that, we went to Mc D's drive thru and tapau our dinner and went back to our hotel room. I had Mc Chicken Set and Papa ate his all time fav; Big Mac Set.

 Sharf Mikhail is very tired and he slept silently till the next morning. 

Cuti-cuti Melaka.

 Baru-baru ni, on the 1st May, 2011. Papa bawa kami jalan-jalan di Bandar Hilir, Melaka. Maklumlah, Papa bukan senang nak cuti kerja. Pada hari tersebut jatuh pula cuti Hari Pekerja. Kebetulan pula ada wedding dekat kampung papa di Masjid Tanah, Melaka. Kalau nak ikutkan, malas nak balik. Tapi disebabkan ibu mertua berada di Mekah menunaikan umrah, dia suruh kami wakilkan kerana dah janji dengan tuan rumah. Nak tak nak, pergi juga lah.

 Saya cakap dgn Papa, "Alang-alang dah sampai Melaka, apa kata Papa bawa kami jalan-jalan dekat Bandar Hilir. Yaya tak pernah sampai *buat muka kesian sikit* lagi pun, kan Papa cuti Hari Pekerja."

 Papa diam je, tapi lepas wedding and habis makan-makan, salam-salam nak balik, masuk je dalam kereta Papa cakap, "Ok, let's go to Bandar Hilir. Kita check in di hotel and jalan-jalan."

 "Aik, Papa biar betul? Kan kita ni sehelai sepinggang je. Tak bawa baju salin even berus gigi pun tak ada!"

 "Ala, kalau tak ada, BELI la." kata Papa.

"Wah, kaya betul Papa ni! Haha."

 Then Papa cakap "Ok, sayang google hotel mana nak duduk. cari rate bawah RM250."

 Saya pun sibuk google hotel-hotel di Bandar Hilir, Melaka. Nak save sikit, baik duduk budget hotel je. Tapi Papa tak nak sebab takut Sharf Mikhail tak selesa katanya. Puas bergaduh dalam kereta pasal HOTEL mana nak duduk. Last sekali, nak senang cerita, dengar aja lah kata suami. Biar dia tentukan.

 Nak dipendekkan cerita, perjalanan kami ke Bandar Hilir dari Masjid Tanah mengambil masa lebih 1 jam. Traffic jam dia, MasyaAllah, teruk teramat sangat! Ramai betul orang bercuti ke Melaka pada cuti Hari Pekerja ni. Bawa keluarga tok nenek sekian jalan-jalan juga la tu.

 Sampai saja di Bandar Hilir, pusing-pusing cari Hotel. Pergi turun tanya beberapa hotel, semua penuh. Terjumpa satu hotel 3 star, Naza- Talyya Hotel. Tanya di Reception dan this guy named Encik Ramli cakap "Hotel kami penuh la kak. Tinggal satu bilik sahaja. Itu pun satu malam RM400. Kakak nak?"

 "Mahal tu, untuk satu malam saja RM400. Lari budget." kata saya.

 "Macam ni lah kami boleh link kan abang dan kakak di Boutique Hotel lagi satu, tak jauh dari sini. Kami kasi map, senang je direction. Satu malam CUMA RM 300 sahaja. Ada 1 Queen bed + 1 Single bed for baby, ada balcony, ada hot shower, television, air-condition, free breakfast for 2. Nak?" kata Encik Ramli pada kami.

 Mama pandang papa. Papa pandang mama. Mama Papa pandang Baby, Baby hisap jari.

 Saya bisik pada Papa, "Tak payah lah yang, kita balik je. Mahal la. Kita nak duduk 1 malam je. Let's not waste money." Papa diam je. Masih memikir agaknya.

 "Tak apa lah Encik Ramli, kami balik KL sahaja. Lain kali kami datang lagi. Mahal lah Encik Ramli, satu malam RM 300. Our budget is only Rm250 below. Thanks ya."

 "It's Ok, kami faham. Tinggalkan contact number Abang dan kakak, nanti saya call kalau ada mana-mana kosong." Then, Papa tinggalkan number lalu kami beredar pusing-pusing di Bandar Hilir, mencari peluang jika ada bilik kosong di hotel-hotel lain.

Tak lama selepas itu...


 Jeng jeng jeng...

 Cellphone papa berbunyi. Papa pick up and answer.

 "Yes, Ok, ok, Alhamdullilah. Tadahal, tadahal. Saya ke sana sekarang!" jawab papa.

 Saya tanya dengan cemas dan ingin tahu, "Kenapa Pa?? Apa jadi?"

 "Encik Ramli yang botak tadi tu call, dia cakap dia boleh bagi bilik kosong harga RM 300 dekat Arenaa Deluxe Hotel yang dia ckp tadi tu, tapi harga dia kurangkan RM250. Jangan cakap banyak, check in situ je lah."

 Dengan perasaan tak sabar, kami patah balik di Naza-Talyya hotel bertemu Encik Ramli, dia cakap "Saya kasi bilik harga RM 300 ni bang. Tapi kesian kat baby abang yang comel ni, saya turunkan harga RM 250. Rezeki anak abang lah ni."

 "Terima kasih, Encik Ramli, syukur lah. Alhamdullilah sangat. Kami dah terfikir nak balik KL dah."

 Papa berjabat tangan, berterima kasih pada Encik Ramli, lalu kami pun beredar mencari Hotel Arenaa Deluxe yang terletak di Ujong Pasir tak jauh dari situ.

 Sampai saja di hotel, kami TERKEJUT.

 Terkejut sebab CANTIK SANGAT. Haha.


                                   Arenaa De Luxe Hotel, Ujong Pasir, Melaka.


                                            Hotel Lobby.


                                            Hotel Dine Cafe'.


 Kami check in pukul 9 pm. Rehat sekejap, mandi. Satu jam kemudian, bermula aktiviti jalan-jalan di Bandar Hilir.